Iklan

Sunday, October 14, 2012

Sabhi Gagal, Giliran Hafiz Beradu Vokal Di Korea Selatan

ngan ABU Radio Song Festival 2012 yang telah berlangsung di stesen TV KBS Word, Seoul, Korea Selatan bermula 8 hingga 13 Oktober 2012.
Namun, Sabhi yang mewakili negara dalam kategori radio dengan mendendangkan lagu Waktu itu telah cuba melakukan yang terbaik walaupun dia dilaporkan mengalami sakit tekak sebaik saja tiba di Seoul pada malam 8 Oktober lalu.
Selain mengalami masalah sakit tekak dan cuaca yang tidak menentu, Sabhi turut mendapat gangguan teknikal.
Masalah ini telah dimaklumkan pihak pengurusan Sabhi sebaik saja Sabhi mengadu tidak mendengar monitor pentas sewaktu mengadakan persembahan.
Sungguhpun Sabhi tidak layak ke peringkat akhir, Malaysia masih mempunyai peluang menang untuk kategori TV yang mana pelantun lagu Masih Jelas, Hafiz Suip akan mengadakan persembahan pada malam Ahad (malam ini).
Hafiz bakal mendendangkan lagu Awan Nano ciptaan Dato M Nasir yang telah menjulang namanya dalam Anugerah Juara Lagu 2011.
Difahamkan, Sabhi bakal pulang ke Malaysia pada malam ini bersama dengan pengurusnya.

No comments:

Post a Comment