Iklan

Friday, October 12, 2012

Rozita Che Wan Akui `Choosy` Pilih Calon Suami!

Aktres jelita, Rozita Che Wan akui sangat memilih dalam soal mencari calon bakal suami. Malah dia merasakan sikap memilih perlu kerana dia bakal hidup lama bersama lelaki yang bakal jadi suaminya kelak.
"Macam mana pun, saya rasa saya perlu memilih untuk mencari calon suami yang sempurna di mata saya. Saya rasa bukan saya sahaja yang bersikap begini, malahan semua wanita juga perlu memilih untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri," katanya kepada murai.com.my
Disebabkan itu, Rozita Che Wan akui dia kini masih kekal dengan status janda kerana belum bertemu atau berjumpa dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.
"Mungkin, sebab itulah sampai sekarang ini pun, saya masih single. Terus-terang nak cari duit mudah tetapi nak cari lelaki atau suami yang baik dan sesuai dengan saya agak susah.
"Lelaki baik pada saya ialah dia seorang yang tidak begitu dominan dan degil dengan saya serta senang untuk dibawa berunding," luahnya lagi.
Sementara itu, apabila diminta untuk memberi komen mengenai gosip terbaru yang mengatakan Rozita Che Wan akan menamatkan status jandanya pada November ini, dia terus menafikan hal itu dengan sekerasnya.
"Sama sekali ianya tidak benar dan saya sendiri tidak tahu bagaimana gosip itu boleh tersebar. Malah saya sendiri tidak mengenali siapa lelaki yang dimaksudkan itu. Sedih jugalah bila dengar gosip yang macam ini kerana kalau saya dalam hubungan cinta, pasti ia akan membuat kekasih saya itu terluka.
"Tak tahulah mengapa gosip saya dikaitkan dengan mana-mana lelaki tidak berhenti sehingga kini. Mungkin tunggu sehingga saya sudah kahwin baru semua gosip ini berhenti," luahnya lagi.

No comments:

Post a Comment