Iklan

Thursday, October 4, 2012

Linda Jasmine Pecahkan Dinding Rumah


 Ini bukanlah adegan ganas seperti di dalam filem Hollywood ataupun tindakan Linda Jasmine kerana terasa hati dengan suaminya yang juga seorang aktor popular, Que Haidar.
Tetapi inilah kenyataan yang dihadapi Linda Jasmine bersama-sama Que Haidar demi memastikan kediaman mereka di Ampang tampak lebih luas, selesa dan sesuai untuk memuatkan keluarga mereka yang semakin membesar.
Kediaman jenis kondominium yang telah diduduki lebih 12 tahun itu, kini menjadi semakin luas apabila akhirnya mereka diberi kelebihan untuk memiliki unit bersebelahan sekali gus mengubah suai menjadi satu unit yang luas.
Malah jika dahulu bilangan bilik yang mereka miliki hanyalah tiga, tapi kini menjadi tujuh bagi memuatkan keluarga pasangan seia sekata itu.
Lebih istimewa lagi apabila kediaman baru itu sudahpun siap sepenuhnya sebelum Syawal, sekali gus membolehkan keluarga serta rakan taulan untuk berhari raya ke kediaman mereka yang berkonsepkan moden kontemporari itu.
Bercakap kepada portal murai.com.my, Linda Jasmine berkata dia bersyukur kerana akhirnya impian untuk memiliki unit sebelah kediamannya itu tercapai, apatah lagi bagi meraikan Hari Raya bersama sanak saudara.
"Tahun ini cukup meriah kerana kami telah dikurniakan baby baru dan juga berhari raya di rumah baru. Kami telah pecahkan dinding rumah sebelah dan mengubah suai keseluruhan unit. Sekarang rumah kami nampak semakin luas.
"Tambahan pula, tahun ini kami hanya berhari raya di sini (Kuala Lumpur) kerana tahun lalu kami telah beraya di rumah Que di Johor.
"InsyaAllah kami akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri. Cuma tariknya saja yang belum diketahui lagi," katanya yang semakin sibuk dengan pementasan tarian untuk acara korporat.
Linda telah dikurniakan cahayamata ketiga pada April lalu yang diberi nama Cleopatra Haidar, manakala Tengku Ratu Haidar, 2 tahun dan yang sulung Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun.
Popular sebagai guru tarian untuk program realiti Akademi Fantasia, Linda Jasmine berkata, dia dan Que telah bergandingan bahu bagi merias kediaman mereka dengan menggunakan sepenuhnya idea mereka sendiri tanpa mengupah jurureka dalaman.
Tambah Linda Jasmine, bukan sahaja mood berhari raya mereka seluarga bertambah dengan kehadiran kediaman baru itu, malahan hubungan kekeluargaan mereka juga semakin bertambah.
"Kediaman kami banyak menggunakan warna-warna natural seperti hijau zaitun, coklat tanah dan juga putih. Konsepnya juga sangat ringkas tetapi ada unsur moden.
" Ada sentuhan Timur Tengah dan juga Asia serta penggunaan kayu seperti untuk perabot dan juga hiasan dalaman. Memang itulah yang menjadi idaman saya dan Que sebelum rumah kami siap lagi," katanya penuh teruja.

No comments:

Post a Comment