Iklan

Monday, October 22, 2012

Justin Timberlake, Jessica Biel Kahwin Di Itali

Penyanyi dan pelakon Justin Timberlake dan Jessica Biel akhirnya memilih untk mengadakan upacara perkahwinan mereka di sebuah resort tepi laut di Selatan Itali.

Bagaimanapun pihak di resort Borgo Egnazia tersebut enggan memberikan apa-apa komen tentang perkahwinan yang diadakan secara senyap-senyap pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pasangan ini kepada Majalah People, mereka berkata: " Seronok bila dapat berkahwin, upacara ini juga sangat indah dan ia menjadi lebih spesial apabila dapat dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Justin Timberlake, 31, dan Jessical Biel, 30, mula bertunang pada Disember lalu selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dalam perkembangan lain, Justin Timberlake yang kini semakin kerap berlakon berbanding menyanyi, bakal muncul dalam filem Clint Eastwood terbaru, The Trouble with the Curve yang berkisar tentang sukan baseball. Jessical Biel pula bakal membintangi remake Total Recall. Dia juga akan muncul dengan filem baru, Hitchcock. SUMBER

No comments:

Post a Comment