Iklan

Tuesday, October 2, 2012

Justin Bieber Hina Indonesia?

Gara-gara kenyataan Justin Bieber itu telah mencetuskan kontroversi rakyat Indonesia termasuklah aktres Syahrini, yang memohon Justin Bieber agar meminta maaf kepada semua rakyat Indonesia menerusi laman sosial Twitter @PrincesSyahrini. Ketika ditemubual pada pelancaran album terbarunya Believe 2012 di London, England, baru-baru ini, penyanyi itu mengakui dia merakamkan salah sebuah lagu dalam album itu di Indonesia. Dalam kenyataannya kepada akhbar Mirror, Bieber menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru dan tidak berpola. Dia turut mempertikaikan kualiti studio rakaman di Indonesia yang dianggap sangat teruk. “Saya berada di sebuah negara yang bercelaru. Saya merakamkan sebuah lagu itu di sebuah studio yang kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan,” kata Bieber dalam temu ramah itu. Pengurusnya Scott “Scooter” Braun mengesahkan negara yang dimaksudkan Bieber adalah Indonesia.

No comments:

Post a Comment