Iklan

Monday, October 15, 2012

Farid Kamil, Diana Danielle Nikah 3 November Ini

Aktor Farid Kamil sebentar tadi membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dia dan tunangnya, aktres Diana Danielle akan melangsungkan pernikahan mereka 3 November ini.
Pengumuman itu dibuat secara rasmi oleh Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil bin Zahari, 31, di majlis tayangan media filem terbaru arahan dan lakonannya, Pe3.
"Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami", kata pelakon yang berasal dari Alor Star, Kedah itu.
Farid dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, telah mengikat tali pertunangan mereka 1 September lalu di kediaman Diana sendiri di Damansara, setelah tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.

No comments:

Post a Comment