Iklan

Sunday, October 7, 2012

Aesar Mustafa Dirompak

Penyanyi Aesar Mustafa dilaporkan telah dirompak oleh seorang lelaki berbangsa Melayu berdekatan studionya di Sri Rampai, Setapak, pagi tadi.
Bagaimanapun, Aesar difahamkan tidak mengalami kecederaan teruk sebaliknya hanya kehilangan wang dompetnya berserta telefon bimbit.
"Syukur Alhamdulillah, saya selamat. Perompak itu hanya mengambil dompet dan telefon bimbit saya saja. Saya pun sudah melaporkannya kepada pihak polis pagi tadi," katanya kepada murai.com.my.
Bercerita tentang kejadian yang menimpanya itu, Aesar memberitahu perompak berkenaan hampir menumbuknya selepas mengugutnya.
"Selepas bersarapan di sebuah restoran berdekatan studio, dalam perjalanan pulang ke studio dengan berjalan kaki, secara tiba-tiba lelaki berkenaan datang dan bertanyakan saya beberapa soalan. Waktu itu, saya hanya seorang diri saja.
"Dia telah datang kepada saya dan menyamar diri sebagai anggota polis. Saya hampir ditumbuknya. Diaa telah melarikan diri dengan menaiki motosikal. Kalau tidak silap, ada seorang pengawal keselamatan telah nampak rompakan ini.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi. Apa yang saya risaukan sekarang adalah saya kehilangan nombor contact kawan-kawan saya. Kepada kenalan yang menyimpan nombor saya yang 010- diharap anda semua berhati-hati. Takut-takut dia sedang mencari mangsa yang lain," jelasnya.
Dalam pada itu, selain telah melaporkan kejadian ini kepada pihak polis, Aesar yang mendidik kumpulan Max 24:7 telah menutup talian telefon berkenaan kerana risau pencuri itu bakal mencari mangsa dikalangan kenalannya pula.

No comments:

Post a Comment