Iklan

Friday, September 28, 2012

Temui 'Cinta' Baru, Maya Bakal Rai Hari Jadi di Gunung Nepal

Pelakon jelita Maya Karin berkata sesekali dia perlu keluar dari dunia glamour bagi mengembalikan semula keseimbangan hidupnya. Justeru, tidak hairan lah sejak beberapa bulan ni ada saja khabar mengenai duta Innershine ni berseronok dengan aktiviti santainya, tidak kira di dalam mahupun di luar negara. "Saya seronok jadi Maya Karin. Sebagai selebriti saya sentiasa jalani hidup dalam dunia glamour. Saya perlu hadiri sesi temuramah, sesi fotografi dan lain-lain. Tapi kalau selalu sangat dalam industri, kadang-kadang saya boleh jadi hilang arah. Sampai satu tahap buat saya rasa tak tenang. "Jadi untuk nak seimbangkan semula hidup saya, saya perlu cari masa untuk buat aktiviti lain yang saya suka seperti melancong, pergi tengok bola, tengok F1, mendaki gunung dan macam-macam lagi. Taklah duduk bangsar jer. Sesekali kena keluar", kata berkongsi mengenai perkembangan dirinya sekarang.
Empunya nama sebenar, Maya Karin Roelcke, 32, ni ditemui di majlis Hati ke Hati Bersama Maya di Delicious Dual Residency, KL. Maya juga memberitahu, buat masa ini juga dia menghadkan aktiviti seni baik di set penggambaran juga aktiviti seni lain dan bertumpu pada 'cinta' barunya iaitu mengembara. Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Dua beranak ni akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut. "Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun. "Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula", ujarnya dengan nada teruja. Sebelum meraikan hari lahirnya yang di puncak gunung, Maya akan ke Bali juga untuk bercuti. Kemudian dia dijadualkan ke Singapura bagi mengacarakan program E! News bersama Dominic Lam. "Selepas ni saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya.Tatkala diajak berkongsi mengenai pengalamannya menyaksikan kejohanan Formula 1 (F1) di Singapura minggu lalu, cerita Maya, dia ke sana selepas dijemput oleh pemilik Lotus, yang juga merupakan rakannya.
"Seronok! Saya berpeluang duduk di zon grandstand dan saya juga sempat turun ke zon pit. Saya jumpa dengan pelumba Kimi Raikkonen dan Michael Schumacher. Saya juga menyaksikan persembahan Katy perry. Tinggi lah dia! Sebelum mengakhiri perbualan, sambil tersenyum Maya berkata, "Saya harap, saya ada cerita cinta yang saya boleh kongsikan. Tapi buat masa sekarang, belum ada lagi".

No comments:

Post a Comment