Iklan

Wednesday, September 26, 2012

Muka baru Edry KRU, Apa da jadi?

Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculnya sesebuah kumpulan vokal atau muzik baru, sudah pasti ahli kumpulan yang memiliki wajah yang tampan atau jelita lebih mendapat perhatian daripada peminat. Malah, media pun terutama sekali majalah lebih gemar menggunakan mereka ini sebagai penghias kulit hadapan. Kalau nak beri contoh, mungking terlalu ramai rasanya. Jadi, tidak hairanlah ketika di awal kemunculan kumpulan trio adik-beradik, KRU yang dibarisi Norman, Yusry dan Edry, nama Yusry lebih menjadi perhatian peminat. Namun, selain Yusry, Edry juga boleh dikatakan berjaya menyaingi ketampanan wajah abangnya si Yusry itu. Pun begitu, amat mengejutkan apabila diberitahu tentang kisah terbaru tentang Edry tatkala dia pulang dari rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu. Wajah Edry yang dikatakan boleh dianggap berlainan. Dengarnya, wajah Edry tidak lagi seperti dahulu yang mana perbezaannya jelas ketara dapat dilihat di bahagian hidung Edry. Hah, biar betul? Ada desas-desus mengatakan Edry telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan nampak lebih muda. Apa? Takkanlah Edry dah buat hidung kot? Pun begitu, ada juga sumber mengatakan wajah Edry kelihatan berbeza dek kerana dia kini sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Sebab itulah, wajahnya berubah dan sudah jadi lain. Jom kita banding wajah Edry yang dulu dan sekarang. Ternyata, amat berbeza. Apa kes pun, kita tunggu jawapan dari Edry sendiri. Benarkah wajahnya sudah berubah terutama sekali di bahagian hidung.

No comments:

Post a Comment