Iklan

Friday, September 28, 2012

Bangun Dari Kubur Selepas 3 Hari Di Kuburkan-Kisah Benar

Penduduk di daerah Padang digegarkan dengan satu peristiwa aneh apabila di gemparkan dengan peristiwa seorang datuk berusia 75 tahun yang sudah dikubur selama 3 hari kembali hidup dan balik ke rumah. Datuk tersebut yang bernama Faizal (75), dikuburkan pada Sabtu 15 Januari 2012 lalu pada pukul 03.00 ptg. Namun apa yang mengejutkan, pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 03.30 ptg beliau tiba-tiba pulang ke rumah. Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh jiran tentangganya. Keluarga yang sedang sibuk mempersiapkan majlis doa tahlil di katakan berlari ketakutan melihat kepulangan datuk itu. Afrizon (35), anak Faizal bercerita, ketika ayahnya pulang, orang ramai dan jiran yang datang ke rumah kerana ingin membaca doa majlis tahlil turut lari ketakutan. “Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu,” katanya pada wartwan okezone. Kejadian tersebut bermula, apabila Afrizon terlihat di media gambar satu mayat tak dikenali di rumah mayat RSUP Djamil Padang yang telah di temui di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman. Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00pm saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya memang mirip benar dengan bapak saya,” tuturnya. Antara ciri-ciri yang katanya sangat mirip dengan bapaknya itu, pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya terdapat kesan patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya. Sementara bahagian dada pula ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekas pembedahan. “Begitu pula wajahnya dan rambutnya begitu seiras dan pakaian yang dikenakan juga sangat serupa, membuat saya percaya bahawa mayat itu adalah bapak saya,” katanya. Menambah masaalah, pihak hospital yang juga tidak memiliki sebarang dokumen atau identiti ke atas mayat untuk pengesahan lebih lanjut. Kemudiannya Afrizon bersama saudara lain kemabli datang ke hospital tersebut untuk melakukan proses pengecaman mayat dan mereka yang melihat turut bersetuju bahawa itu adalah ayah mereka. “Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah,” ulasnya.

No comments:

Post a Comment