Iklan

Friday, September 28, 2012

Datuk Siti Jawab Isu Anak Tirinya Berjumpa Rozita Che Wan

Pada 24 September 2012 lalu, pihak media telah melaporkan insiden berkaitan anak tiri Dato Siti Nurhaliza, Ashraf telah bertemu dengan pelakon jelita Rozita Che Wan secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah wanita tersebut mahu mengahwini bapanya. Berikutan insiden tersebut, penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan anak tirinya itu hanyalah sebagai satu gurauan dan beliau tidak mahu memandang serius berkaitan isu tersebut. Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja. Pada masa yang sama, Dato Siti juga tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan oleh pihak lain. Merujuk kepada laporan sebelum ini, Rozita Che Wan telah meluahkan rasa terkejut apabila disapa oleh seorang lelaki lalu bertanyakan soalan berkaitan dirinya dan Datuk Khalid. Selain itu, pelakon wanita ini juga menyatakan dia sebenarnya tidak mengenali Datuk Khalid secara peribadi dan tidak meminati lelaki yang sudah berkahwin. Oleh itu, Rozita Che Wan meminta agar semua pihak tidak mengaitkan lagi isu berkaitan dirinya dan Datuk Khalid kerana dia tidak mahu melukai hati Dato Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar. Sumber : Murai.com

Bangun Dari Kubur Selepas 3 Hari Di Kuburkan-Kisah Benar

Penduduk di daerah Padang digegarkan dengan satu peristiwa aneh apabila di gemparkan dengan peristiwa seorang datuk berusia 75 tahun yang sudah dikubur selama 3 hari kembali hidup dan balik ke rumah. Datuk tersebut yang bernama Faizal (75), dikuburkan pada Sabtu 15 Januari 2012 lalu pada pukul 03.00 ptg. Namun apa yang mengejutkan, pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 03.30 ptg beliau tiba-tiba pulang ke rumah. Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh jiran tentangganya. Keluarga yang sedang sibuk mempersiapkan majlis doa tahlil di katakan berlari ketakutan melihat kepulangan datuk itu. Afrizon (35), anak Faizal bercerita, ketika ayahnya pulang, orang ramai dan jiran yang datang ke rumah kerana ingin membaca doa majlis tahlil turut lari ketakutan. “Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu,” katanya pada wartwan okezone. Kejadian tersebut bermula, apabila Afrizon terlihat di media gambar satu mayat tak dikenali di rumah mayat RSUP Djamil Padang yang telah di temui di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman. Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00pm saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya memang mirip benar dengan bapak saya,” tuturnya. Antara ciri-ciri yang katanya sangat mirip dengan bapaknya itu, pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya terdapat kesan patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya. Sementara bahagian dada pula ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekas pembedahan. “Begitu pula wajahnya dan rambutnya begitu seiras dan pakaian yang dikenakan juga sangat serupa, membuat saya percaya bahawa mayat itu adalah bapak saya,” katanya. Menambah masaalah, pihak hospital yang juga tidak memiliki sebarang dokumen atau identiti ke atas mayat untuk pengesahan lebih lanjut. Kemudiannya Afrizon bersama saudara lain kemabli datang ke hospital tersebut untuk melakukan proses pengecaman mayat dan mereka yang melihat turut bersetuju bahawa itu adalah ayah mereka. “Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah,” ulasnya.

Belanjawan 2013

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September nanti. Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”. Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia

Artis Muda Malaysia,Elfira Loy Cium Randy Pangalila?

Enggan mengikut syarat yang ditetapkan Randy Pangalila, pelakon remaja, Elfira Loy telah menolak permintaan daripada pelakon seberang itu yang mahukan ciuman manja daripadanya.Namun, demi bantuan yang sangat diperlukan daripada Randy Panggalila, Elfira Loy cuba memenuhi permintaan daripada jejaka itu dengan menciumi tangannya sendiri yang sebelum itu dilekapkan ke pipi aktor tersebut. Walau bagaimana pun itu hanyalah salah sebuah babak yang dilakonkan mereka sebagai peneraju utama filem Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang yang mana penggambarannya telah pun dilakukan di kota Paris. Bercerita mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Elfira yang sudah 2 kali bekerjasama dengan Randy memberitahu, terdapat beberapa babak-babak romantik yang mendebarkan dirinya apabila digandingkan bersama jejaka macho dari Indonesia itu. "Sebenarnya mudah sahaja bekerja dengan Randy kerana kami serasi dan sekepala untuk melakukan beberapa babak di dalam filem ini. Malah hampir semua babak yang kami jayakan dilakukan dengan reaksi yang natural tanpa melakukan apa-apa rehearsal kerana kami sama-sama suka ikut flow situasi waktu itu. "Cuma ada beberapa babak intim bersama dia yang membuatkan saya berdebar-debar kerana sungguh saya tidak pernah lagi bercinta. Malah kadang-kadanga rasa kelakar pun ada bila melakukan babak romantik bersamanya,"katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, malam semalam. Sebelum ini, Elfira dan Randy telah pun bergandingan sebagai pasangan kekasih di dalam telemovie Mimpi Sampai Ke Bintang. Mengenai perkembangan terbaru, Elfira bakal menjalani penggambaran drama epik bersama pengarah Datin Paduka Shuhami Baba tidak lama lagi.

Temui 'Cinta' Baru, Maya Bakal Rai Hari Jadi di Gunung Nepal

Pelakon jelita Maya Karin berkata sesekali dia perlu keluar dari dunia glamour bagi mengembalikan semula keseimbangan hidupnya. Justeru, tidak hairan lah sejak beberapa bulan ni ada saja khabar mengenai duta Innershine ni berseronok dengan aktiviti santainya, tidak kira di dalam mahupun di luar negara. "Saya seronok jadi Maya Karin. Sebagai selebriti saya sentiasa jalani hidup dalam dunia glamour. Saya perlu hadiri sesi temuramah, sesi fotografi dan lain-lain. Tapi kalau selalu sangat dalam industri, kadang-kadang saya boleh jadi hilang arah. Sampai satu tahap buat saya rasa tak tenang. "Jadi untuk nak seimbangkan semula hidup saya, saya perlu cari masa untuk buat aktiviti lain yang saya suka seperti melancong, pergi tengok bola, tengok F1, mendaki gunung dan macam-macam lagi. Taklah duduk bangsar jer. Sesekali kena keluar", kata berkongsi mengenai perkembangan dirinya sekarang.
Empunya nama sebenar, Maya Karin Roelcke, 32, ni ditemui di majlis Hati ke Hati Bersama Maya di Delicious Dual Residency, KL. Maya juga memberitahu, buat masa ini juga dia menghadkan aktiviti seni baik di set penggambaran juga aktiviti seni lain dan bertumpu pada 'cinta' barunya iaitu mengembara. Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Dua beranak ni akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut. "Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun. "Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula", ujarnya dengan nada teruja. Sebelum meraikan hari lahirnya yang di puncak gunung, Maya akan ke Bali juga untuk bercuti. Kemudian dia dijadualkan ke Singapura bagi mengacarakan program E! News bersama Dominic Lam. "Selepas ni saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya.Tatkala diajak berkongsi mengenai pengalamannya menyaksikan kejohanan Formula 1 (F1) di Singapura minggu lalu, cerita Maya, dia ke sana selepas dijemput oleh pemilik Lotus, yang juga merupakan rakannya.
"Seronok! Saya berpeluang duduk di zon grandstand dan saya juga sempat turun ke zon pit. Saya jumpa dengan pelumba Kimi Raikkonen dan Michael Schumacher. Saya juga menyaksikan persembahan Katy perry. Tinggi lah dia! Sebelum mengakhiri perbualan, sambil tersenyum Maya berkata, "Saya harap, saya ada cerita cinta yang saya boleh kongsikan. Tapi buat masa sekarang, belum ada lagi".

Thursday, September 27, 2012

‘Kereta’ Zizan Raja Lawak Bakal Dilelong



Jangan terkejut! Sebenarnya, bukan kereta Zizan yang sebenar yang selalu digunakannya setiap hari untuk dilelongkan. Sebaliknya, sebuah kereta yang diguna oleh Zizan untuk aksi ‘drift’ dalam pembikinan filem Mael Lambong yang akan dilelong. Kereta apa ye? Kereta berjenama TOYOTA SOARER E MZ II binaan tahun 1982 yang mampu melakukan aksi drift dibuka dengan harga permulaan lelong sebanyak RM5,000. Pengarah filem Mael Lambong, Ahmad Idham melakukan lelong kereta drift itu hanyalah kerana ingin menghargai peminat-peminat cerita itu memandangkan kutipan filem Mael Lambong amat memberangsangkan. Mana tidaknya, kutipan untung filem tersebut sudah mencecah RM5 juta sehingga hari ini! Jadi, ada sesiapa ‘brani’ nak cuba dapatkan kereta drift yang pernah dipakai oleh Zizan?

Wednesday, September 26, 2012

Gambar Anak angkat Stacy??


Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya. Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja. “Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya. “Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu. Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan. Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja. “Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain. “Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama,” akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu. Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya. “Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya. “Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh,” ujarnya.

Parodi 5 days MC Nora Danish & Adi putra Version

Ehh...Ingat lagi kisah budak MC 5 hari yang pernah diletakan di youtube tidak lama dahulu? Selepas itu ada banyak pula parodi mengutuk gaya budak itu. Rupanya belum berakhir lagi parodi berkenaan. Hahah...dan ini pula melibatkan 2 orang artis tanah air iaitu Nora Danish dan Adi Putra..Tapi AKUSAY'S yang versi Nora Danish itu lagi cute dari budak singapore tu..Yang versi Adi Putra pula nampak selamba tapi ada nasihat disebaliknya..mari kita saksikan

Gambar Comel Wawa Zainal Bertudung

Gambar di bawah adalah gambar pelakon serba manis, Wawa Zainal mengenakan tudung pada dirinya. Perubahan ini bukanlah satu perubahan yang sudah kekal pada dirinya ianya adalah untuk sebuah filem terbaru, Aji Noh Motor. Filem ini bersinopsis yang Wawa menaruh hati dengan seorang jejaka yang bernama Noh (Zalif Sidek). Nak tahu lebih lanjut mengenai filem ini, sudah ditayangkan bermula 20 September 2012 yang lalu



Gambr Black Mentor berpeluk bersama kekasih baru

Berita petang ini dihangatkan dengan 2 keping gambar Black bersama seorang wanita telah tersebar di kebanyakan blog & forum hiburan. Menurut forumer, gadis ini bernama Nana dilihat sering bersama Black terutama sekali apabila penyanyi tersebut mempunyai show. Sebelum ini, Black telah membuat perform di Karnival Nusajaya, ada sesiape boleh sahkan gosip mereka sepasang kekasih? Teringat photoshoot berpeluk Black Mentor dengan Mas Idayu 3 tahun lepas. Huhu! Lagi satu gambar after the jump.

Gambar Seksi Nora Danish

Posing yang dikatakan separa seksi oleh pelakon Nora Danish ini adalah untuk sisispan akhbar Kosmo pada hari Ahad yang lalu. Mungkin ramai tidak menyangka kelibat Nora masih lagi berbisa dengan gayanya yang tersendiri. Dalam perkembangan lainnya, filem terbaru Nora Danish, Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan tidak lama lagi, sebuah filem yang dilakokan juga oleh Ady Putra.

Muka baru Edry KRU, Apa da jadi?

Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculnya sesebuah kumpulan vokal atau muzik baru, sudah pasti ahli kumpulan yang memiliki wajah yang tampan atau jelita lebih mendapat perhatian daripada peminat. Malah, media pun terutama sekali majalah lebih gemar menggunakan mereka ini sebagai penghias kulit hadapan. Kalau nak beri contoh, mungking terlalu ramai rasanya. Jadi, tidak hairanlah ketika di awal kemunculan kumpulan trio adik-beradik, KRU yang dibarisi Norman, Yusry dan Edry, nama Yusry lebih menjadi perhatian peminat. Namun, selain Yusry, Edry juga boleh dikatakan berjaya menyaingi ketampanan wajah abangnya si Yusry itu. Pun begitu, amat mengejutkan apabila diberitahu tentang kisah terbaru tentang Edry tatkala dia pulang dari rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu. Wajah Edry yang dikatakan boleh dianggap berlainan. Dengarnya, wajah Edry tidak lagi seperti dahulu yang mana perbezaannya jelas ketara dapat dilihat di bahagian hidung Edry. Hah, biar betul? Ada desas-desus mengatakan Edry telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan nampak lebih muda. Apa? Takkanlah Edry dah buat hidung kot? Pun begitu, ada juga sumber mengatakan wajah Edry kelihatan berbeza dek kerana dia kini sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Sebab itulah, wajahnya berubah dan sudah jadi lain. Jom kita banding wajah Edry yang dulu dan sekarang. Ternyata, amat berbeza. Apa kes pun, kita tunggu jawapan dari Edry sendiri. Benarkah wajahnya sudah berubah terutama sekali di bahagian hidung.

World's tallest mohawk

THIS man has the most hair-raising barnet ever — and he’s got a Guinness World Record to prove it. Kazuhiro Watanabe’s Mohawk measures 3ft 8.6in after he has been growing it for 15 years. It takes stylists two hours to make it stand upright, using one can of gel and three cans of hairspray. The Japanese fashion designer — pictured in Washington Square Park, New York — said he grew his Mohawk to rebel against the conformity of his home country’s society. Watanabe has held the Guinness World Record title since January 2011. With record ... Watanabe and Guinness Book official

Exclusive Pics of Lin Dan's Wedding Ceremony!

In a great ceremony held at the of Beijing University of Technology on September 23, 2012, Lin Dan and Xie Xingfang officially got married. Lin had postponed the official wedding date for a few years as he wanted to stay focus on retaining his Olympic title in London. The couple had been married at the end of 2010 in a quick ceremony which was more of an administrative formality, but the wedding held on Sunday in Beijing was the one everyone was expecting. It was held in front of more than 1000 people – of which only 500 were officially invited to the Ceremony. Pictures : Rights Reserved (CFP) Lin Dan’s best men were Chen Jin, Bao Chunlai and famous actor Ren Quan Lin Dan recently mentioned that he would rest from badminton for a while, but still compete and – if his body allows him and the motivation is still the same, might even go for a third title in a row in Rio in 2016. He will then be 33.